Khairiena memandang sepi fail-fail yang bergelimpangan di atas mejanya itu. Dia seolah-olah hilang dalam kesamaran memori silam, memori yang menjadikan dirinya seperti sekarang. Seharusnya dia berterima kasih kepada insan yang bernama lelaki itu yang mengajarnya erti sebuah percintaan, erti sebuah keperitan dan erti sebuah pengorbanan.
Dia memejamkan mata untuk kesekian kalinya. Fikirannya bercelaru. Mengapa setelah dia berjaya menghilangkan rasa kesakitan yang bertahta di hati sekian lama dulu, tiba-tiba lelaki itu datang mengetuk pintu hatinya kembali. Parut lama yang semakin pulih kini bagai belati menghiris hati.
"Cik Riena, ada panggilan dari Dato' Ma'arof, line 2" bunyi interkom segera mematikan lamunan Khairiena sebentar tadi. Suara Suzy lunak memberitahu panggilan dari klien yang sememangnya menjadi anak emas syarikatnya.
"Thanks Suzy,but boleh tak u bagitau ngan Dato' Ma'arof i'll call him back another 10 minutes ya."
"Baik Cik Riena" Seraya interkom dimatikan dia segera mencari fail yang mengandungi dokumen berkenaan dengan purchase order gear coupling dan flex coupling. Dia perlu membuat persediaan untuk berbincang dengan Dato' Ma'arof kerana lelaki itu amat tegas dengan kerjanya.
No comments:
Post a Comment