Tut..tut..tut..tut..mane pulak la si Suraya nih, Riena masih menanti di corong telefon. Setelah dekat 2 minit barulah kedengaran suara di hujung taliannya berjawab.
"Angkasaraya Holding, boleh saya bantu", kedengaran suara Suraya yang lemah lembut menyapa ke gegendang telinga Riena.
"Hai Suraya, Riena nih, Dato Ma'arof ade tak?"
"Oh Cik Riena, Dato ade, tunggu sebentar ye saya sambungkan" balas Suraya.
"Hai Riena, ape khabar?" suara garau milik Dato Ma'arof menyapa mesra. Riena senang sekali mendengar suara itu. Bagi Riena lelaki itu telah dianggap seperti bapanya sendiri. Terubat kerinduan Riena kepada ayahnya yang telah kembali mengadap Illahi.
"Hai Dato, saya sihat seadanya, Dato pulak macam mana sihat ke?" balas Riena sekadar berbahasa. Setelah hampir 20 minit berbincang, telefon di matikan.
Jam menunjukkan kurang 5 minit pukul 7.30 malam. Riena mengemas mejanya untuk pulang. Terasa lenguh urat sendinya hari ini kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. Setelah berpuas hati dengan keadaan biliknya dia mengatur langkah ke pintu dan mematikan lampu. Tiba-tiba beg yang dipegang Riena terlepas dari tangan apabila dia terpandangkan susuk badan seseorang. Jantungnya berdegup kencang. Ingatnya semua orang sudah meninggalkan pejabat, rupa-rupanya dia tidak keseorangan.
"Hai Riena, sorry i buat u terkejut, i ingatkan semua orang dah balik, tak sangka pulak u tak balik lagi," Danial menegur Riena dengan perasaan bersalah.
"Tu lah, i pun ingat i sorang jer yang tak balik lagi, tak pe lah Danial, nasib baik u, kalau mahkluk lain, mati i" balas Riena sambil tersenyum.
Danial turut ketawa mendegar kata-kata Riena. Riena dapat melihat raut wajah Danial yang sentiasa tersenyum. Danial seorang pegawai yang ramah. Semua staf di sini menyenangi sikapnya itu.
No comments:
Post a Comment