Monday, May 26, 2008

bahagian 1

Khairiena memandang sepi fail-fail yang bergelimpangan di atas mejanya itu. Dia seolah-olah hilang dalam kesamaran memori silam, memori yang menjadikan dirinya seperti sekarang. Seharusnya dia berterima kasih kepada insan yang bernama lelaki itu yang mengajarnya erti sebuah percintaan, erti sebuah keperitan dan erti sebuah pengorbanan.

Dia memejamkan mata untuk kesekian kalinya. Fikirannya bercelaru. Mengapa setelah dia berjaya menghilangkan rasa kesakitan yang bertahta di hati sekian lama dulu, tiba-tiba lelaki itu datang mengetuk pintu hatinya kembali. Parut lama yang semakin pulih kini bagai belati menghiris hati.

"Cik Riena, ada panggilan dari Dato' Ma'arof, line 2" bunyi interkom segera mematikan lamunan Khairiena sebentar tadi. Suara Suzy lunak memberitahu panggilan dari klien yang sememangnya menjadi anak emas syarikatnya.

"Thanks Suzy,but boleh tak u bagitau ngan Dato' Ma'arof i'll call him back another 10 minutes ya."

"Baik Cik Riena" Seraya interkom dimatikan dia segera mencari fail yang mengandungi dokumen berkenaan dengan purchase order gear coupling dan flex coupling. Dia perlu membuat persediaan untuk berbincang dengan Dato' Ma'arof kerana lelaki itu amat tegas dengan kerjanya.

Wednesday, May 21, 2008

legend water chalet port dickson

cakkkkk

pemandangan indah


merenung melihat keindahan alam


glory beach resort

mangkok tingkat

ermmm...apela manusia nih...pelik..depan punyerlah baik, lemah lembut,sopan santun...belakang nauzubillah....apsal mesti ada sikap hipokrit...errgghhh sengaaallll...

tapi nk wat cam ner kan..dh lumrah manusia nih..yang baik terlalu baik...dh la baik asyik teraniaya jer..sepatutnyer pepagi ni berdoa smoga dimurahkan rezeki...ni pepagi dh sibuk dok anyam ketupat...sampai org yg terdengar umpatan tu emosi x stabil...dh tekena tempias dosa-dosa bersubahat...

aarrgghhhh takut..

Thursday, May 15, 2008

laguku untuk mu

Dengan bahasa
kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta

Sejak aku kenali
Cintamu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi
Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepadamu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu

untuk seorang insan yang kugelar suami....kau bertahta di hati...selamanya..

Wednesday, May 14, 2008

pengampunan dosa

arrrggghhhhh....virus demam menyerangku....selsema ngan batuk skali..package yg lengkap....rasa nk tetanggal idung...tekak lak pedih jer...

mungkin Allah menguji aku ngan memberi kesakitan begini untuk aku memunasabah diri....

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...kepada mu bermohon....lindungilah aku dr segala musibah...Aminnn

Thursday, May 8, 2008

kasih ibu membawa ke syurga


tiba-tiba hatiku sebak bila terbaca statement status sahabatku yg br kehilangan bonda tercinta pd march lepas......air mata mula bertakung di kelopak mata dan perlahan jatuh membasahi pipi....


betapa aku tiba-tiba merindui bonda di kampung....dengan sepantas kilat aku terkenang segala keperitan bonda untuk membesarkan aku....ia bagaikan video yang sedang dimainkan di mataku kini....penat jerih bonda demi memberi kesenangan pada kami adik beradik...


bonda yang tak pernah jemu memberi nasihat dan segala pantang larang dari dulu sampai sekarang nih...


bonda yang tak pernah mengeluh apabila anak-anaknya merengek meminta itu ini....


bonda yang tak pernah penat mendegar omelan aku....luahan hati aku selama ni..


bonda yang kadang kala memainkan peranan sebagai sahabat sejati aku...


bonda yang sedia mendengar segala-galanya demi anak-anak....


sesungguhnya aku terlalu rindu untuk melihat seraut wajah bonda yang tersenyum tatkala menunggu aku di muka pintu.....


betapa agungnya kasih sayang bonda....


kasih sayang yang suci bak embun menitis di pagi hari....


SELAMAT HARI IBU UNTUK BONDAKU YANG TERCINTA....PN. DAHARAH BTE ABDUL RAHMAN....

Friday, May 2, 2008

adat lah...



"yang...meh sini i carikan kutu kt badan u yer...thank darling...u ni romantiklah.."

agaknyer la kan tu lah yg monyet tu cakap kan...kalau binatang pun ada perasaan saling menyayangi..mengasihi...apsal kita sebagai manusia yg ada perasaan nih x penah nk hargai perasaan tu..

ermm..tu lah lumrah hidup..masa suka..sayang mcm nk mati..masa dh benci..tgk muka pun x hingin...

masa becintan cintun..kentut pun wangi..dh kawin..dh ada anak pinak..salah sikit pun marah mcm harimau lapa...

kenapa kite x penah nk bersyukur ngan apa yg ada..pemberian yg ESA pd kite..pelik kan???

tapi itulah kenyataan sebagai seorang yang bernama manusia....