Tuesday, August 12, 2008

uuhhhh......ulunnnn


permata hati family aku...karenah dia jer buat kami semua pening...tapi..alhamdulillah...dia sungguh bijak..macam makngah dia...hahahaha

Friday, July 25, 2008

Geng S.... D....

inilah ahli-ahli tetap geng ternama di opis aku....klau saper dengar name geng aku ni..mesti semua orang tenganga mulut...hehehehe...



ropol-ropol 1
  • ahli paling senior
  • paling kuat sukan
  • sedang hangat berkasih ngan teman tapi mesra
  • sangat setia kepada bos nyer
  • burung hantu junior
  • bedating dalam tipon jer tiap2 hari
  • wartawan gossip panas
ropol-ropol 2



  • ahli paling advance....(plg ramai anak dikalangan kami)

  • gile barang kemas....ala2 mami jarum

  • klau tgk barang kemas...ilang sakit kepala

  • ade kuartes..tapi still nk berulang....(duit terlebih banyak)

  • rabon warne...hahaha (warne tetentu jek)


ropol-ropol 3

  • ahli yg paling slumber

  • paling havoc

  • statement brani mati "sayer suke mesyuarat"
  • paling mewah...mewahhh

  • ringtone yg digunakan...oooohhhooiiiiii (gelek M.daud kilau)


ropol-ropol 4
  • ahli ke-4 mestilah aku...

  • klau ikut panggilan utk jari...aku lah si manis...hehehe

  • mula menceburkan diri dlm bidang makanan

  • paling suka nyanyi n mnari

  • ahli paling comel..wakaka




ropol-ropol 5

  • yg paling bongsu skali

  • klau nk kuar....smua ahli akan menaiki kenderaan bertayar 4 kepunyaannya

  • paling kuat gelak....

  • paling kuat makan @ pakar makanan

  • dato' bandar putrajaya

  • boleh dibuat calon menantu...anak antu pun boleh gak

  • photografer tetap utk geng SD

Monday, July 7, 2008

kembali pada-NYA

lame aku x jenguk blog aku nih..bz sket...mggu lepas aku menerima berita pemergian ayahanda tersayang salah sorang kakak kt opis aku...sedih rasanya bila mendengar crita kakak tu...crita tentang arwah..tentang keluarga...
aku jadi insaf...mula memunasabah diri...betapa aku insan yang kerdil di muka bumi yang dipinjamkan dari Yang Maha ESA...
kotak minda mula memutar kembali detik2 aku bersama keluarga....pada bonda..pada ayah..
Ya Allah...Kau berilah petunjuk dan hidayah pada kami yang semakin alpa..semoga dengan limpah kurnia Mu...kami tergolong dalam hambaMu yang soleh dan solehah...

Al-Fatihah untuk mereka yang telah kembali ke rahmatullah...Amin...

Monday, June 2, 2008

bahagian 2

Tut..tut..tut..tut..mane pulak la si Suraya nih, Riena masih menanti di corong telefon. Setelah dekat 2 minit barulah kedengaran suara di hujung taliannya berjawab.

"Angkasaraya Holding, boleh saya bantu", kedengaran suara Suraya yang lemah lembut menyapa ke gegendang telinga Riena.

"Hai Suraya, Riena nih, Dato Ma'arof ade tak?"
"Oh Cik Riena, Dato ade, tunggu sebentar ye saya sambungkan" balas Suraya.

"Hai Riena, ape khabar?" suara garau milik Dato Ma'arof menyapa mesra. Riena senang sekali mendengar suara itu. Bagi Riena lelaki itu telah dianggap seperti bapanya sendiri. Terubat kerinduan Riena kepada ayahnya yang telah kembali mengadap Illahi.

"Hai Dato, saya sihat seadanya, Dato pulak macam mana sihat ke?" balas Riena sekadar berbahasa. Setelah hampir 20 minit berbincang, telefon di matikan.

Jam menunjukkan kurang 5 minit pukul 7.30 malam. Riena mengemas mejanya untuk pulang. Terasa lenguh urat sendinya hari ini kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. Setelah berpuas hati dengan keadaan biliknya dia mengatur langkah ke pintu dan mematikan lampu. Tiba-tiba beg yang dipegang Riena terlepas dari tangan apabila dia terpandangkan susuk badan seseorang. Jantungnya berdegup kencang. Ingatnya semua orang sudah meninggalkan pejabat, rupa-rupanya dia tidak keseorangan.

"Hai Riena, sorry i buat u terkejut, i ingatkan semua orang dah balik, tak sangka pulak u tak balik lagi," Danial menegur Riena dengan perasaan bersalah.

"Tu lah, i pun ingat i sorang jer yang tak balik lagi, tak pe lah Danial, nasib baik u, kalau mahkluk lain, mati i" balas Riena sambil tersenyum.

Danial turut ketawa mendegar kata-kata Riena. Riena dapat melihat raut wajah Danial yang sentiasa tersenyum. Danial seorang pegawai yang ramah. Semua staf di sini menyenangi sikapnya itu.

Monday, May 26, 2008

bahagian 1

Khairiena memandang sepi fail-fail yang bergelimpangan di atas mejanya itu. Dia seolah-olah hilang dalam kesamaran memori silam, memori yang menjadikan dirinya seperti sekarang. Seharusnya dia berterima kasih kepada insan yang bernama lelaki itu yang mengajarnya erti sebuah percintaan, erti sebuah keperitan dan erti sebuah pengorbanan.

Dia memejamkan mata untuk kesekian kalinya. Fikirannya bercelaru. Mengapa setelah dia berjaya menghilangkan rasa kesakitan yang bertahta di hati sekian lama dulu, tiba-tiba lelaki itu datang mengetuk pintu hatinya kembali. Parut lama yang semakin pulih kini bagai belati menghiris hati.

"Cik Riena, ada panggilan dari Dato' Ma'arof, line 2" bunyi interkom segera mematikan lamunan Khairiena sebentar tadi. Suara Suzy lunak memberitahu panggilan dari klien yang sememangnya menjadi anak emas syarikatnya.

"Thanks Suzy,but boleh tak u bagitau ngan Dato' Ma'arof i'll call him back another 10 minutes ya."

"Baik Cik Riena" Seraya interkom dimatikan dia segera mencari fail yang mengandungi dokumen berkenaan dengan purchase order gear coupling dan flex coupling. Dia perlu membuat persediaan untuk berbincang dengan Dato' Ma'arof kerana lelaki itu amat tegas dengan kerjanya.

Wednesday, May 21, 2008

legend water chalet port dickson

cakkkkk

pemandangan indah


merenung melihat keindahan alam


glory beach resort

mangkok tingkat

ermmm...apela manusia nih...pelik..depan punyerlah baik, lemah lembut,sopan santun...belakang nauzubillah....apsal mesti ada sikap hipokrit...errgghhh sengaaallll...

tapi nk wat cam ner kan..dh lumrah manusia nih..yang baik terlalu baik...dh la baik asyik teraniaya jer..sepatutnyer pepagi ni berdoa smoga dimurahkan rezeki...ni pepagi dh sibuk dok anyam ketupat...sampai org yg terdengar umpatan tu emosi x stabil...dh tekena tempias dosa-dosa bersubahat...

aarrgghhhh takut..